Press Release

FIMM lantik Nazaruddin Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baru

Kuala Lumpur, 16 Februari 2015

EnNaza

Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Nazaruddin Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuatkuasa 2 Februari 2015.

“Saya, bersama-sama dengan kakitangan yang berdedikasi akan menjalankan tugas yang diamanahkan dalam mendukung peranan dan matlamat  organisasi” kata Nazaruddin.

Nazaruddin adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Cardiff University, Wales, UK.  Sebelum menyertai FIMM, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif di BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest) sejak September 2011.  Beliau memulakan kerjayanya dengan Price Waterhouse sebagai juruaudit, seterusnya menyertai Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada tahun 1997.  Semasa di SC, beliau bertanggungjawab meneliti permohonan daripada peserta-peserta industri berkenaan dengan skim pelaburan kolektif seperti tabung unit amanah dan tabung amanah harta tanah, membuat garispanduan dan memantau pematuhan kepada undang-undang dan garispanduan yang berkaitan oleh syarikat-syarikat pengurusan unit amanah.

FIMM ditubuhkan pada 1993, bagi membangunkan industri unit amanah dan  mempromosi unit amanah sebagai instrumen pilihan  pelaburan dan pengurusan kekayaan.  Pada 20 Januari 2011, FIMM telah diiktiraf oleh SC sebagai sebuah Organisasi Pengawalseliaan Sendiri [(Self Regulatory Organisation (“SRO”)] melalui perintah yang diwartakan.  Sebagai Organisasi Pengawalseliaan Sendiri, FIMM memainkan peranan yang besar sebagai badan kepentingan awam dalam mengekalkan integriti pasaran dan berusaha untuk melindungi kepentingan dan hak pelabur.

Untuk keterangan lanjut, sila layari: www.fimm.com.my

Maklumat Hubungan:

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Ms. Preethi Subra
Komunikasi Korporat, FIMM
Tel: 03-2093 2600
Email: preethi@fimm.com.my  Tel: 03 – 2093 2600

Back to Press Releases