Investor Alert

Glasses onto of book

English Version

BEWARE OF UNAUTHORISED PERSONS

It has come to the FIMM’s attention that there are unauthorised persons soliciting funds from members of the public purportedly for investment in unit trust funds.

Members of the public are advised that a person must be registered with the FIMM as a Unit Trust Consultant for purposes of marketing and distributing unit trust funds. Members of the public may verify whether a person is registered as a Unit Trust Consultant by contacting the FIMM at 03-2093 2600 (Business Registration Department) or by using the online verification facility here.

Members of the public are advised not to make payment in cash to any unit trust consultant or issue a cheque in the name of any unit trust consultant. For payment using bankers’ draft or cheque, members of the public are further advised to contact and liaise with the relevent unit trust management company on the manner of issuance of the bankers’ draft or cheque.

If you have any information, complaint or query regarding the marketing and distribution of unit trust funds by unauthorised persons, please contact the Complaints Bureau of the FIMM at 03-2092 3800 or legalcomp@fimm.com.my

Versi Bahasa Malaysia

BERHATI-HATI TERHADAP ORANG YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN FIMM

FIMM telah mendapat maklumat bahawa terdapat kes penipuan melibatkan pengambilan wang daripada orang ramai oleh orang-orang yang tidak berdaftar dengan FIMM, kononnya, bagi tujuan pelaburan dalam tabung unit amanah.

Orang ramai dinasihatkan bahawa hanya Perunding Unit Amanah yang berdaftar dengan FIMM dibenarkan menjual tabung unit amanah.Orang ramai boleh mendapatkan pengesahan bahawa seseorang itu berdaftar dengan FIMM sebagai Perunding Unit Amanah dengan menghubungi FIMM di talian 03- 2093 2600 (Jabatan Pendaftaran Peniagaan) atau menggunakan kemudahan pengesahan yang disediakan di sini

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang bayaran tunai kepada mana-mana perunding unit amanah atau mengeluarkan cek atas nama mana-mana perunding unit amanah. Bagi bayaran melalui bank draf atau cek, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi syarikat pengurusan unit amanah yang berkenaan untuk mendapatkan panduan mengenai cara pengeluaran bank draf atau cek tersebut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat, aduan atau pertanyaan mengenai penjualan tabung unit amanah oleh orang-orang yang tidak berdaftar dengan FIMM, sila hubungi Biro Aduan FIMM di talian 03-2092 3800 atau e-mel kepada legalcomp@fimm.com.my