unit amanah

Apakah Skim Unit Amanah

Perancangan kewangan merupakan satu kemahiran hidup yang amat penting yang kebanyakan kita terpaksa belajar sendiri. Kadangkala, terutamanya semasa masih muda, kita tidak menyedari betapa pentingnya merancang untuk masa depan kewangan kita sehingga kita mencapai detik-detik perubahan hidup kita, seperti berkahwin atau mempunyai anak pertama, yang memerlukan banyak wang.

Oleh itu, sesetengah daripada kita perlu mula menebus masa yang telah luput, yang memberi tekanan untuk mencapai matlamat kewangan tertentu. Dengan menyimpan wang sahaja mungkin tidak mencukupi. Kita juga perlu melabur untuk mencari pulangan yang lebih baik.

Satu pilihan ialah melabur dalam Skim Amanah Saham, atau Amanah Saham/Unit Amanah.

Apakah Unit Amanah?

Unit Amanah ialah skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang mempunyai objektif pelaburan, strategi dan selera risiko yang serupa. Wang terkumpul kemudiannya dilaburkan ke dalam portfolio yang dipelbagai dalam aset pelaburan, seperti saham, bon dan setara tunai.

Unit Amanah diuruskan oleh pengurus pelaburan/dana profesional yang telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Para profesional ini akan melabur wang anda, menggunakan kepakaran mereka untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Dengan pengurus dana profesional membuat pelaburan bagi pihak anda, anda tidak perlu mengkaji pasaran dan membuat keputusan bagi setiap pelaburan individu.

Selain itu, pelaburan dalam Unit Amanah adalah pilihan yang berpatutan, terutamanya bagi mereka yang baru memulakan perjalanan kebebasan kewangan mereka. Hanya sedikit modal diperlukan untuk anda mula melabur.

Berapa lama saya perlu melabur?

Terdapat banyak sebab mengapa melabur dalam Amanah Saham baik dari segi kewangan, terutamanya jika anda sudah mempunyai matlamat dalam fikiran. Anda boleh memilih untuk melabur dalam Unit Amanah untuk jangka masa yang berbeza-beza, dari satu hingga tiga tahun (biasanya ditakrifkan sebagai jangka pendek), tiga hingga lima tahun (jangka sederhana) atau lebih daripada lima tahun (jangka panjang).

Berikut adalah beberapa contoh bagaimana strategi-strategi pelaburan ini akan berfungsi menurut matlamat khusus anda:

Jangka pendek: Ini sesuai untuk matlamat yang lebih segera seperti membeli kereta, ingin bercuti atau ingin berkeluarga.

Jangka sederhana: Ini sesuai jika anda mencari pulangan yang lebih tinggi sedikit untuk digunakan untuk membuat bayaran muka rumah atau mencari modal untuk memulakan perniagaan baharu dalam masa terdekat.

Jangka panjang: Ini lebih sesuai untuk matlamat kewangan besar yang telah anda rancang untuk masa depan, seperti membayar pendidikan tinggi anak kecil anda atau sekiranya anda mahukan simpanan yang selesa untuk persaraan.

Apakah risiko yang terlibat?

Seperti kebanyakan bentuk pelaburan, terdapat risiko yang terbabit dalam pelaburan dalam Unit Amanah. Tetapi yang baiknya pelaburan dalam Unit Amanah adalah, anda boleh memilih strategi pelaburan yang paling sesuai dengan selera risiko anda.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis strategi pelaburan yang boleh anda pertimbangkan, berdasarkan tahap risiko pilihan anda:

Konservatif: Ini selalunya merupakan strategi terbaik untuk pelabur yang lebih berusia yang mempunyai jumlah modal yang besar dan lebih memilih kestabilan berbanding keuntungan yang cepat. Pelaburan dalam kategori risiko ini cenderung dalam aset-aset yang selamat yang tidak mudah terdedah kepada kejutan atau perubahan pasaran, dan kebiasaannya membantu mengekalkan jumlah prinsipal yang anda laburkan.

Sederhana: Bagi pelabur yang sanggup mengambil beberapa risiko, strategi ini adalah keseimbangan sempurna antara ingin mengekalkan pelaburan utama anda, di samping masih mengambil kesempatan daripada beberapa aset yang boleh menawarkan potensi pertumbuhan.

Agresif: Bagi pelabur yang lebih muda, sejumlah kecil modal boleh memberi pulangan yang baik, terutamanya jika mereka bersedia untuk melabur untuk jangka masa panjang. Walaupun terdapat kemungkinan mereka kehilangan sebahagian daripada modal awal mereka, hakikat bahawa mereka mempunyai kelebihan tempoh masa bermaksud mereka boleh mengambil risiko yang lebih tinggi untuk memaksimumkan pertumbuhan.

Bagaimana Unit Amanah setanding dengan bentuk pelaburan dan simpanan yang lain:

Unit Amanah menawarkan saluran pertengahan dalam membuat pilihan pelaburan. Secara amnya, ia adalah lebih selamat sekiranya kita melabur secara langsung dalam pasaran, namun ia berpotensi untuk menawarkan pulangan yang lebih baik daripada akaun simpanan biasa. Bagi mereka yang ingin melindungi masa depan kewangan mereka atau mengembangkan kekayaan mereka, adalah berbaloi untuk mempertimbangkan untuk melabur wang anda ke dalam Unit Amanah.

Scroll to top