skim persaraan swasta

Kenali Skim Persaraan Swasta

Bagi kebanyakan orang, matlamat mereka adalah agar dapat bersara dengan selesa. Walau bagaimanapun, kesan pandemik Covid-19 telah menjadikan pencapaian matlamat ini lebih mencabar.

Pelbagai ahli ekonomi telah memberi amaran akan berlakunya  krisis persaraan. Untuk melindungi diri kita daripada krisis persaraan ini, masa terbaik untuk bertindak adalah sekarang. Lebih awal anda mula menyimpan untuk persaraan anda, atau mengembangkan sekali lagi kekayaan anda selepas ia terjejas, merupakan perkara yang lebih baik untuk dilakukan.

Seterusnya, kami ingin meneroka pilihan untuk membina kekayaan yang dikenali sebagai “Skim Persaraan Swasta”, atau lebih dikenali sebagai “PRS”. Penyelesaian pelaburan ini ditawarkan dan diuruskan oleh Penyedia PRS dan ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Seperti namanya, PRS merupakan skim pelaburan jangka panjang secara sukarela yang dirangka untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan anda. Mula diperkenalkan pada 2012, ia bertujuan untuk membantu menggalakkan orang ramai mencarum kepada simpanan persaraan mereka.

Pelaburan dalam PRS disusun  dan distrukturkan mengikut kaedah berikut: caruman dibahagikan kepada dua sub-akaun, dan anda hanya boleh membuat pengeluaran sebaik sahaja anda mencapai umur persaraan. Anda dibenarkan membuat pengeluaran sebahagian sebelum itu, tetapi anda akan dikenakan yuran penalti (terdapat pengecualian, seperti penghijrahan).

Sumbangan kepada PRS adalah secara sukarela. Ia bertujuan untuk meningkatkan pilihan yang tersedia untuk semua rakyat Malaysia, sama ada yang diambil bekerja atau bekerja sendiri, untuk menambah simpanan persaraan mereka di bawah persekitaran yang tersusun dan dikawal selia. Setiap PRS menawarkan pelbagai jenis dana persaraan yang boleh anda pilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan selera risiko anda.

Mengapa melabur dalam PRS?

Melabur dalam PRS boleh menjadi salah satu pilihan terbaik yang boleh anda lakukan untuk persaraan anda. Inilah sebabnya:

Direka bentuk untuk persaraan

Oleh kerana suatu skim pada awalnya diwujudkan untuk membantu pelabur mengumpul lebih banyak simpanan bagi persaraan mereka, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat pelbagai pilihan pelaburan yang menepati matlamat dan keperluan anda.

Pelaburan mudah

Sesiapa sahaja boleh melabur dalam PRS. Terdapat pelbagai pilihan Penyedia PRS dan dana yang boleh dipilih sendiri, serta dana pilihan automatik (default) yang telah dipilih terlebih dahulu berdasarkan umur pelabur.

Simpanan mengikut kemampuan

Caruman minimum adalah berbeza-beza bergantung pada Penyedia PRS pilihan anda. Walaupun sifat fleksibel skim pelaburan ini bermakna terdapat kurang tekanan ke atas anda untuk komited kepada jumlah caruman tertentu, cuma perlu diingat bahawa lebih banyak anda ‘simpan’, maka akan lebih baik potensi pulangan anda.

Insentif cukai

Pada masa ini, manfaat melabur dalam PRS bukan sahaja untuk masa hadapan. Dalam jangka pendek, anda juga boleh menikmati pelepasan cukai peribadi tahunan sehingga RM3,000 daripada pendapatan bercukai anda, selagi anda mencarum kepada PRS (pelepasan cukai tersedia sehingga tahun 2025). Pendapatan yang diperolehi daripada PRS juga akan dikecualikan cukai, sebagai galakan untuk anda mencarum!

Faktor yang perlu dipertimbangkan

Ketika membuat caruman PRS, anda perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti umur, pendapatan peribadi dan isi rumah anda, toleransi risiko, objektif persaraan serta kesesuaian dana berbeza-beza yang ditawarkan di bawah pelbagai skim untuk memenuhi keperluan persaraan anda.

Carta berikut menawarkan cadangan mengenai perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum melabur dalam PRS. Walaupun peraturan praktikalnya ialah strategi pelaburan anda hendaklah berdasarkan masa yang anda masih ada sehingga bersara (iaitu strategi pelaburan jangka panjang hendaklah lebih bertumpu pada pertumbuhan modal, manakala strategi pelaburan jangka pendek hendaklah bertumpu pada penjanaan pendapatan), perlu diingat bahawa situasi setiap orang adalah berbeza-beza, dan anda hendaklah sentiasa berunding dengan pakar sekiranya anda mempunyai sebarang soalan.

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian:

Objektif: Berdasarkan matlamat yang anda sasarkan, anda boleh memilih untuk melabur dengan hasrat untuk mengembangkan modal anda, menjana pendapatan atau gabungan kedua-duanya. Matlamat setiap individu adalah berbeza-beza. Oleh itu, adalah penting untuk membuat keputusan pilihan yang anda ingin diambil.

Peringkat kehidupan anda: Mereka yang menghampiri umur persaraan hendaklah memberi tumpuan kepada pelaburan yang boleh memberikan mereka pendapatan yang mampan, manakala golongan muda hendaklah mempertimbangkan pelaburan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih tinggi.

Selera risiko anda: Pelabur yang boleh mengendalikan risiko yang lebih besar, cenderung menjadi mereka yang mempunyai pandangan jangka panjang kerana mereka lebih mampu mengharungi sebarang turun naik pasaran. Mereka yang mementingkan kestabilan, kebiasaannya adalah mereka yang sudah hampir mencapai umur persaraan dan oleh itu, akan meraih lebih banyak manfaat daripada pelaburan yang membolehkan mereka mengekalkan modal awal mereka.

Selain itu, adalah penting untuk menyemak portfolio PRS anda dengan kerap. Ketika anda mengharungi kehidupan, keadaan anda berubah dan begitu juga keperluan dan objektif anda. Justeru, pastikan portfolio PRS anda terus sepadan dengan selera risiko dan objektif pelaburan anda.

Risiko pelaburan

Melabur dalam PRS bukanlah suatu yang bebas risiko. Anda akan terdedah kepada beberapa risiko pelaburan umum serta risiko khusus apabila melabur dalam PRS. Oleh itu, anda mesti mempertimbangkan pelbagai jenis risiko yang mungkin menjejaskan anda dan dana. Risiko ini dinyatakankan dalam Dokumen Pendedahan PRS dan Helaian Sorotan Produk (PHS).

Bagaimanakah saya boleh melabur dalam PRS?

Perjalanan anda untuk menyimpan lebih banyak untuk persaraan anda dengan PRS bermula dengan empat langkah mudah ini:

  1. Pilih Penyedia PRS anda.
  2. Pilih dana yang sesuai.
  3. Buka akaun PRS anda.
  4. Tambah nilai dana anda dengan kerap.

Penutup kata

Perlu diingat bahawa dengan perancangan yang teliti, PRS boleh menjadi instrumen pelaburan yang berguna untuk membantu anda dalam perjalanan membina kekayaan. Dengan kekal fokus, berdisiplin dan melabur dengan bijak, anda boleh yakin bahawa simpanan persaraan yang selesa apabila anda mencapai usia emas anda.

 

Scroll to top